Sunday, 22 January 2012

Contoh-contoh penulisan refleksi kendiri guru selepas pengajaran.

Berikut adalah contoh-contoh penulisan refleksi kendiri guru selepas sesuatu pengajaran.

REFLEKSI Guru A:
Pengajaran dan pembelajaran pada hari  ini  sangat  memuaskan.

REFLEKSI Guru B:
Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar  saya dapat menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul belaka.

REFLEKSI Guru C:
Saya telah mengajar  tajuk “Bentuk Muka Bumi”  Tahun 5 Kuning. Hari ini saya telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni.  Saya dapati murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi  respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sungguh puas hati.

REFLEKSI Guru D:
Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang. Namun begitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar belakang pelajar saya. Saya patut menjaga hati pelajar saya yang miskin, yang tinggal di rumah yang tidak mempunyai bekalan air. Saya seharusnya menyatakan juga dalam pengajaran saya bahawa banyak kebaikan mengambil atau menggunakan air telaga bukan kerana murah, dan airnya dingin. Apa yang perlu ialah air itu perlu dimasak. Adalah lebih baik jika saya menyatakan apabila saya pulang ke kampung saya lebih suka mandi air telaga di rumah nenek saya. Yang penting ialah kita harus bersyukur mempunyai tempat tinggal berbanding dengan orang di Bosnia atau Somalia. Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan Bosnia dan Malaysia. Saya minta pelajar-pelajar menyatakan bagaimana kita boleh sampai di sana, dan memberi pendapat  jika Malaysia seperti Bosnia. Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari  ini. Saya akan menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang.

1.     Refleksi Rancangan Pengajaran
Rancangan P&P yang disediakan didapati perlu kepada ubahsuai kerana maklumat sedia ada tidak dapat membantu mencapai aras satu. Aktiviti yang dirancang bagi langkah 2 kurang sesuai kerana terlalu tinggi aras kesukarannya berbanding dengan kumpulan pelajar.

2.     Refleksi Pelaksanaan P&P
Perancangan P&P telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit pengubahsuaian. Murid-murid didapati begitu seronok belajar mungkin kesan penggunaan persembahan multimedia (Powerpoint). Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan menggunakan kemudahan ICT.

3.   Refleksi Aras 

Aras1
Semua pelajar telah berjaya mencapai aras ini. 

Aras 2
Didapati  hanya  25/30 orang pelajar telah berjaya mencapai aras ini. 

Aras 3
Didapati 3 orang murid kumpulan lemah dan 1 orang kumpulan sederhana gagalmencapai aras ini. Semua pelajar kumpulan cerdas telah berjaya mencapai aras ini.

4.   Refleksi Persekitaran
Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit pertama, tetapi berlaku gangguan pada 10 minit berikutnya akibat daripada kebisingan pelajar yang lalu setelah pulang daripada aktiviti PJ.

No comments:

Post a Comment