Sunday, 22 January 2012

Contoh Refleksi P&P Pendidikan Seni Visual (Sayur-sayuran)


Contoh Refleksi P&P Pendidikan Seni Visual (Sayur-sayuran)

Kekuatan
DalamLangkah1,murid-murid dimintamelukis 4 jenis sayur-sayuran. Ini boleh membantu mereka cuba melukis sayur- sayuran atau membuat latihan dulu. Langkah ini boleh meningkatkan teknik melukis mereka.Selain itu,murid-murid melukis diatas kertas kosong dulu boleh membantu mereka meningkatkan kepercayaan mereka sendiri semasa melukis sayur-sayuran di atas kertas lukisan. Saya juga telah memberi bantuan kepada murid-murid yang tidak tahu melukis. Murid-murid boleh cuba melukis dulu dan boleh menanya saya tentang teknik melukis apabila mereka menghadapi masalah melukis.

Kelemahan
Kemungkinan saya tidak menerangkan teknik melukis dan saya tidak melukis sayur-sayuran di papanhitam, oleh itu, sebahagian murid terus menyatakan mereka tidak tahu cara melukis sayur-sayuran tersebut. Walaupun saya telah menerangkan tentang teknik melukis kepada murid-murid tersebut, tetapi saya berasa mereka juga macam tidak faham sahaja.

LangkahMengatasi
Melalui pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya berasa saya perlu menerangkan teknik melukis dan melukis topik Pendidikan Seni di papan hitam sebelum meminta murid-murid melukis. Langkah ini boleh membantu murid-murid lebih memahami teknik melukis. Walaupun melukis adalah satu teknik yang senang, tetapi saya haruslah menerangkannya dengan teliti dan mendidik murid-murid dengan cara yang betul. Saya akan membuat rancangan yang lebih baik pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang

No comments:

Post a Comment